KGN
Kata Ganti Nama

UPSR Bahasa Melayu 2012 Ep 30

Video Berkaitan

Kata Ganti Nama Muat Turun

    1. Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang
    2. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti diri pertama, kedua, dan ketiga. Lihat contoh yang berikut:

    Kata Ganti Nama Diri Orang Tunggal Jamak (banyak) Ayat Contoh
    Diri Pertama
    (orang yang bercakap)
    saya
    aku
    daku
    patik
    beta
    aku
    hamba
    kami, kita
    1. "Saya berasal dari Kota Kinabalu," kata Adam memperkenalkan dirinya.
    2. "Hamba akan merantau untuk menuntut ilmu," kata Tun Perak.
    3. "Kami akan belajar dengan tekun," janji murid-murid Tahun Enam Anggerik.
    Diri Kedua
    (orang yang diajak bercakap)
    awak
    tuan hamba tuan/ puan saudara/ saudari kamu
    engkau
    anda
    tuanku
    kalian,
    awak semua,
    kamu semua,
    anda semua
    1. "Awak hendak ke mana?" tanya Fiqah kepada Aleeya.
    2. Anda boleh menggunakan barang-barang sendiri.
    3. Saya berharap agar kalian tekun berusaha.
    Diri Ketiga
    (orang yang dicakapkan halnya)
    dia
    ia
    beliau
    nya
    baginda
    mereka
    1. Dia akan berangkat ke luar negara malam ini.
    2. Ia tidak gemar akan makanan laut.
    3. Mereka membersihkan kawasan taman itu.
    * Kata ganti nama diri 'aku' dan 'engkau' hanya sesuai digunakan apabila bercakap dengan kawan rapat atau rakan sebaya.