U
Ulasan

Soalan

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Kita sering mendengar kisah Si Tanggang menderhaka. Si Tanggang merupakan seorang yang miskin. Dia tinggal bersama ibunya di sebuah kampung nelayan. Si Tanggang seorang pemuda yang rajin bekerja. Ibunya sangat menyayanginya. Pada suatu hari, sebuah kapal dagang singgah di kampung mereka. Si Tanggang telah meminta kerja di kapal itu. Nasib Tanggang sangat baik apabila dia diterima bekerja di atas kapal itu. Maka, belayarlah Si Tanggang bersama kapal itu. Oleh sebab sikapnya yang rajin itu, Tanggang telah dinaikkan pangkat dan dikahwinkan dengan anak pemilik kapal itu. Pada suatu hari, kapal dagangan Tanggang telah singgah di kampung halamannya. Berita kepulangan Tanggang telah sampai ke pengetahuan ibunya. Ibunya sangat gembira lalu menuju ke pantai sambil membawa makanan kegemaran Tanggang. Namun, Tanggang tidak mahu mengakui ibunya kerana melihat keadaan ibunya yang miskin. Tanggang telah mengherdik dan mengeluarkan kata-kata kasar terhadap ibunya. Ibu Tanggang berasa sangat sedih lalu menyumpah Tanggang menjadi batu. Sehingga sekarang masyarakat kita menjadikan kisah Si Tanggang sebagai satu pengajaran.

Contoh Jawapan

Kita mestilah menghargai jasa ibu yang telah membesarkan kita. Kita haruslah menghormati ibu yang banyak berkorban untuk kita. Kita hendaklah berdedikasi seperti Tanggang yang rajin bekerja. Kita perlulah menghormati ibu dengan tidak mengherdik dan mengeluarkan kata-kata kasar terhadapnya.

Ulasan Muat Turun

    1. Petikan jenis ini hampir sama dengan petikan jenis cerita.
    2. Baca dengan teliti untuk mendapatkan gambaran keseluruhan petikan. Gariskan nilai-nilai murni, amalan-amalan baik, atau pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
    3. Bina rangka atau draf sebelum menulis ulasan.
    4. Ulasan boleh ditulis sama ada berbentuk rencana atau berwatak. Untuk menghuraikan nilai dengan lebih tepat, contoh-contoh yang bersesuaian yang terdapat dalam petikan boleh digunakan.

    Contoh:
    Sebelum pulang, aku dan rakan-rakanku bergotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan. Kami memasukkan sampah sarap ke dalam plastik hitam. Sampah sarap itu kami bawa pulang.

    Nilai yang dipaparkan dalam petikan ialah sikap bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di tempat awam.

    1. Baca petikan dengan teliti untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang cerita tersebut.
    2. Baca kali kedua dengan menggariskan mana-mana perkataan, frasa, atau ayat yang mengandungi nilai atau pengajaran.
    3. Nilai murni dapat dikenal pasti melalui watak, perlakuan, atau perbuatan dalam petikan cerita tersebut.
    4. Setelah mengenal pasti beberapa nilai atau pengajaran dalam petikan cerita itu, bina rangka atu drafnya.
    5. Jawapan boleh ditulis secara berwatak atau berbentuk rencana atau penerangan.
      Contoh: Selepas berjoging, Salwa ke bilik air untuk mandi. Salwa menggunakan sabun untuk menghilangkan kekotoran di badan.
    Amalan baik yang dipaparkan dalam petikan ini ialah menjaga kebersihan tubuh badan.

    1. Baca dengan teliti dan fahami kandungan petikan.
    2. Gariskan dan senaraikan nilai-nilai, amalan-amalan baik, atau pengajaran yang terdapat dalam pertikan jenis ini.
    3. Bina rangka atau draf sebelum menulis ulasan.
    4. Gunakan kata ganti nama diri "kita" semasa menulis rumusan. Ulasan berwatak tidak digalakkan.

    Contoh:

    Kerajaan telah melancarkan kutipan derma bagi membantu mangsa-mangsa ombak tsunami. Kepada mereka yang berhajat untuk menyumbangkan pakaian, barang makanan, dan wang bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan kepada Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.

    Nilai yang dipaparkan dalam petikan ini ialah sikap tolong-menolong dan keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang ditimpa kesusahan.

    1. Petikan jenis ini hampir sama dengan petikan jenis cerita.
    2. Baca dengan teliti untuk mendapatkan gambaran keseluruhan petikan. Gariskan nilai-nilai murni, amalan-amalan baik, atau pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
    3. Bina rangka atau draf sebelum menulis ulasan.
    4. Ulasan boleh ditulis sama ada berbentuk rencana atau berwatak. Untuk menghuraikan nilai dengan lebih tepat, contoh-contoh yang bersesuaian yang terdapat dalam petikan boleh digunakan.
    5. Contoh:
      Sebelum pulang, aku dan rakan-rakanku bergotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan. Kami memasukkan sampah sarap ke dalam plastik hitam. Sampah sarap itu kami bawa pulang.

      Nilai yang dipaparkan dalam petikan ialah sikap bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di tempat awam..