U
Ulasan

Soalan

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hari ini, ayah Alia lambat menjemput Alia di sekolah. Alia menanti ayahnya dengan penuh kesabaran. Sementara itu, Alia membaca buku yang dipinjamnya di perpustakaan sekolah.

Tidak jauh dari Alia, ada seorang tua seperti menunggu bas. Tiba-tiba orang tua itu terjatuh dari tempat duduknya. Alia terus mendapatkan orang tua itu. Rupa-rupanya, orang tua itu pengsan. Alia mengambil sapu tangannya dan air dari bekas airnya. Alia membasahkan sapu tangannya dengan air lalu mengelap muka orang tua itu. Orang tua itu membuka matanya perlahan-lahan. Badannya terasa panas.

Secara kebetulan, ayah Alia pun sampai. Ayahnya meminta maaf atas kelewatannya. Mereka membawa orang tua itu ke hospital. Setelah diberi rawatan, keadaan orang tua itu semakin pulih. Orang tua itu mengucapkan terima kasih kepada Alia kerana menolongnya. Sebelum pulang, ayah Alia menghubungi keluarga orang tua itu.

Contoh Jawapan

Kita perlulah menghargai masa dengan membaca buku sementara menunggu ayah tiba. Kita mestilah baik hati seperti Alia membantu orang tua itu. Kita haruslah bertanggungjawab seperti Alia dan ayahnya membawa orang tua itu ke hospital. Kita hendaklah berbudi bahasa seperti orang tua itu mengucapkan terima kasih kepada Alia dan ayahnya kerana membantunya.

Ulasan Muat Turun

    1. Petikan jenis ini hampir sama dengan petikan jenis cerita.
    2. Baca dengan teliti untuk mendapatkan gambaran keseluruhan petikan. Gariskan nilai-nilai murni, amalan-amalan baik, atau pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
    3. Bina rangka atau draf sebelum menulis ulasan.
    4. Ulasan boleh ditulis sama ada berbentuk rencana atau berwatak. Untuk menghuraikan nilai dengan lebih tepat, contoh-contoh yang bersesuaian yang terdapat dalam petikan boleh digunakan.

    Contoh:
    Sebelum pulang, aku dan rakan-rakanku bergotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan. Kami memasukkan sampah sarap ke dalam plastik hitam. Sampah sarap itu kami bawa pulang.

    Nilai yang dipaparkan dalam petikan ialah sikap bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di tempat awam.

    1. Baca petikan dengan teliti untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang cerita tersebut.
    2. Baca kali kedua dengan menggariskan mana-mana perkataan, frasa, atau ayat yang mengandungi nilai atau pengajaran.
    3. Nilai murni dapat dikenal pasti melalui watak, perlakuan, atau perbuatan dalam petikan cerita tersebut.
    4. Setelah mengenal pasti beberapa nilai atau pengajaran dalam petikan cerita itu, bina rangka atu drafnya.
    5. Jawapan boleh ditulis secara berwatak atau berbentuk rencana atau penerangan.
      Contoh: Selepas berjoging, Salwa ke bilik air untuk mandi. Salwa menggunakan sabun untuk menghilangkan kekotoran di badan.
    Amalan baik yang dipaparkan dalam petikan ini ialah menjaga kebersihan tubuh badan.

    1. Baca dengan teliti dan fahami kandungan petikan.
    2. Gariskan dan senaraikan nilai-nilai, amalan-amalan baik, atau pengajaran yang terdapat dalam pertikan jenis ini.
    3. Bina rangka atau draf sebelum menulis ulasan.
    4. Gunakan kata ganti nama diri "kita" semasa menulis rumusan. Ulasan berwatak tidak digalakkan.

    Contoh:

    Kerajaan telah melancarkan kutipan derma bagi membantu mangsa-mangsa ombak tsunami. Kepada mereka yang berhajat untuk menyumbangkan pakaian, barang makanan, dan wang bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan kepada Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.

    Nilai yang dipaparkan dalam petikan ini ialah sikap tolong-menolong dan keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang ditimpa kesusahan.

    1. Petikan jenis ini hampir sama dengan petikan jenis cerita.
    2. Baca dengan teliti untuk mendapatkan gambaran keseluruhan petikan. Gariskan nilai-nilai murni, amalan-amalan baik, atau pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
    3. Bina rangka atau draf sebelum menulis ulasan.
    4. Ulasan boleh ditulis sama ada berbentuk rencana atau berwatak. Untuk menghuraikan nilai dengan lebih tepat, contoh-contoh yang bersesuaian yang terdapat dalam petikan boleh digunakan.
    5. Contoh:
      Sebelum pulang, aku dan rakan-rakanku bergotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan. Kami memasukkan sampah sarap ke dalam plastik hitam. Sampah sarap itu kami bawa pulang.

      Nilai yang dipaparkan dalam petikan ialah sikap bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di tempat awam..