K
Cerita/Cereka

Soalan Karangan

Kamu dan rakan kamu telah sesat di hutan. Tulis sebuah karangan tentang pengalaman tersebut.

Contoh Jawapan

Pada suatu hari, aku bersama Pak Su dan Ravi telah masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu untuk dibuat ubat. Pak Su sering ke hutan di Bukit Tanjung untuk mencari akar kayu. Namun begitu, ini merupakan kali pertama aku dan Ravi masuk ke hutan.

Sebaik sahaja sampai, Pak Su terus meneliti pokok-pokok yang sesuai untuk diambil akarnya. Di sini terdapat banyak pokok yang belum pernah kami temui sebelum ini.

Kemudian, kami terus mendaki Bukit Tanjung. Pak Su kata di atas sana terdapat banyak akar kayu yang sesuai dibuat ubat. Kebetulan Ravi membawa kamera. Ravi merakam gambar di hutan tersebut.

Ketika sedang sibuk merakamkan gambar, aku dan Ravi tidak sedar bahawa kami telah berada jauh dari Pak Su. Apabila kami sedar, kami tidak tahu arah mana yang sepatutnya kami tuju. Kami telah sesat. Lalu, aku dan Ravi memanggil-manggil nama Pak Su tetapi tiada jawapan. Kedengaran air mengalir dari sungai yang tidak jauh dari kami. Kami mengambil keputusan untuk mengikuti aliran sungai tersebut kerana biasanya di tepi sungai terdapat perkampungan.

Jangkaan kami memang tepat. Kami telah sampai di sebuah perkampungan orang asli. Kami juga telah menemui Pak Su yang berada di situ untuk meminta bantuan mencari kami. Aku dan Ravi bersyukur kerana kami selamat.

Cerita/Cereka Muat Turun