K
Berita

Soalan Karangan

Selaku pemberita, kamu dikehendaki menulis berita tentang kejadian kecurian.

Contoh Jawapan

KUALA LUMPUR, 10 April - Sebuah rumah mewah yang terletak di Taman Bukit Maluri telah dipecah masuk oleh tiga orang pencuri dan berjaya melarikan wang tunai dan barangan bernilai lebih kurang RM200 000 daripada rumah tersebut.

Menurut pemilik rumah iaitu Encik Razali Mohamad, tiga orang pencuri telah memasuki rumahnya semasa dia dan keluarganya sedang tidur di bilik masing-masing. "Saya terbangun apabila mendengar bunyi bising di rumah saya. Apabila saya keluar dari bilik untuk memastikannya, saya telah dipukul oleh pencuri-pencuri tersebut dan semua ahli keluarga saya ditangkap dan diikat".

Encik Razali turut menjelaskan bahawa pencuri-pencuri tersebut mempunyai dua pucuk pistol dan sebilah parang. Mereka telah melarikan diri dengan wang, barang kemas dan sebuah kereta serta beberapa dokumen penting.

Beliau dan keluarganya berjaya melepaskan diri daripada tali dengan bantuan jiran. Pihak polis tiba 15 minit selepas laporan dibuat. Pihak polis cuba mengambil cap jari pencuri berkenaan, namun gagal kerana pencuri tersebut memakai sarung tangan. Sekatan jalan raya juga diadakan dalam usaha menangkap pencuri tersebu

Penguasa Kanan Polis meminta orang ramai melaporkan kepada pihak polis jika terserempak dengan orang yang mencurigakan. Pihak polis juga menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan memastikan rumah berkunci kerana kecurian telah kerap berlaku.

Berita Muat Turun

    1. Karangan berita merupakan karangan berformat.
    2. Karangan ini mengisahkan suatu peristiwa, kejadian, atau program dan aktiviti yang baru berlaku.
    3. Berita memberikan maklumat lengkap tentang sesuatu peristiwa yang disampaikan dengan tujuan memberitahu pembaca umum tentang peristiwa tersebut.
    4. Penulisan berita mesti menjawab persoalan apa, siapa, bila, mengapa, di mana dan bagaimana.
    5. Maklumat dalam karangan berita hendaklah berdasarkan fakta yang tepat, jelas, dan logik.
    6. Format berita dimulai dengan menulis nama tempat (biasanya daerah), diikuti dengan tarikh dan tanda sempang (-), sebelum mula menulis berita. Contoh:
           ALOR SETAR, 10 Oktober - Suatu kebakaran telah berlaku...
    * Murid perlu berhati-hati ketika menulis karangan berita supaya tidak terikut-ikut dengan gaya penulisan cerita.