K
Cerita/Cereka

Soalan Karangan

Tulis sebuah karangan yang berakhir dengan ayat berikut.

"...Itulah pertama kali aku melihat satu peristiwa kebakaran yang besar. Aku berdoa agar aku dan keluarga dijauhi bencana itu."

Contoh Jawapan

Pada petang itu, aku pulang daripada menjalani latihan hoki di sekolah. Seperti biasa, aku berjalan kaki pulang ke rumah. Pasukan hoki sekolah akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah jiran. Oleh itu, kami dikehendaki berlatih lebih kerap lagi.

Semasa aku berjalan di deretan kedai, tiba-tiba hidungku terhidu bau asap. Aku memandang sekeliling, lalu ku lihat asap tebal keluar dari sebuah kedai. Aku terus menuju ke arah kedai tersebut.

Aku lihat beberapa orang lelaki cuba memadamkan api tersebut. Ada segelintir yang cuba menyelamatkan barang-barang penting di dalam kedai itu. Namun begitu, api yang marak itu menghalang mereka berbuat demikian.

Tidak lama kemudian, bomba pun tiba. Orang ramai segera memberi jalan kepada anggota bomba untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Akhirnya, api itu dapat dipadamkan. Aku berasa kasihan melihat tuan punya kedai itu. Dia menjawab segala pertanyaan pihak polis dengan suara yang sayu.

Itulah pertama kali aku melihat satu peristiwa kebakaran yang besar. Aku berdoa agar aku dan keluarga dijauhi bencana itu.

Cerita/Cereka Muat Turun