Klik ikon hati bagi jawapan yang anda rasa membantu!

  • Bagaimanakah cara untuk membut nota kecil dan isi didalamnya?

    Berikut disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing:

    Pilih satu tajuk dan baca nota.
    Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan.
    Baca dan garis fakta.
    Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal.
    Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
    Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu.
    Susun fakta (jika perlu).
    Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu.
    Bandingkan apa yang kamu tulis.
    Ulang hingga kamu puas hati.
    Ulang membaca fakta, jika ada masa.
    Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.

  • Apakah maksud mati akal?

    Buntu fikiran.

  • Apakah maksud sasterawan?

    Sasterawan ialah orang yang meng­hasilkan karya sastera; pengarang; pu­jangga; ahli sastera.

  • Cikgu Arif,what are Homophones?

    Homophones are words that are pronounced the same but they have different meanings and are usually spelled differently as well. They usually occur in groups of two but sometimes they can be three or four in a group. Examples of homophones are brake - break, buy - by, dear - deer and many more.

  • macam mana nak tukarkan kepada past tense

    'Present tense' dan 'past tense' digunakan untuk menunjukkan perbuatan ('verb'). 'Present tense' digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang berlaku semasa percakapan manakala 'past tense' menunjukkan sesuatu perbuatan yang telah berlaku. Untuk 'present tense', pelajar perlu memahami konsep 'subject and verb agreement' manakala untuk 'past tense' pelajar perlu lihat pada struktur ayat yang diberi, cari kunci kata seperti 'yesterday, just now, last night, last year'. Digunakan untuk semua perbuatan. Ada banyak cara untuk mengenali sama ada sesuatu ayat itu berada dalam 'past tense'. Penggunaan 'ed' di akhir perkataan (contoh: 'Play - played'), penggunaan tanpa perubahan ('put - put'), menukarkan ejaan ('go - went').

  • bagaimanakah cara untuk mengingati menukar cm kepada mm

    Kita mendarab untuk menukar unit yang besar kepada unit yang kecil.

    Contoh:
    Tukarkan 2.8 cm kepada mm.

    Penyelesaian:
    2.8 cm = 2.8 x 10 mm
    = 28 mm

  • apa itu imbuhan awalan,cikgu Arif?

    Imbuhan ialah penambah dalam ilmu bahasa seperti ber-, ter-, -i, -kan yang dapat ditambahkan, atau -el-, -er- atau -em- yang dapat disisipkan pada kata dasar.

  • bagaimana hendak menghitung tahun itu genap atau tidak?

    Tahun Genap/Tahun Lompat (setiap 4 tahun)
    366 hari.

    Tahun Ganjil
    365 hari.

  • macam mana magnet menarik antara satu sama lain?

    Magnet yang mempunyai kutub yang sama menolak. Kutub yang berlainan menarik.

  • apakah maksud kondensasi,penyejatan,pembekuan,peleburan

    Perubahan keadaan bahan:
    Proses Pembekuan: Cecair ke pepejal.
    Proses Peleburan: Pepejal ke cecair.
    Proses Kondensasi: Gas ke cecair.
    Proses Penyejatan: Cecair ke gas.
    Proses Pendidihan: Cecair ke gas.

Klik ikon hati bagi jawapan yang anda rasa membantu!

  • Bagaimanakah cara untuk membut nota kecil dan isi didalamnya?

    Berikut disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing:

    Pilih satu tajuk dan baca nota.
    Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan.
    Baca dan garis fakta.
    Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal.
    Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
    Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu.
    Susun fakta (jika perlu).
    Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu.
    Bandingkan apa yang kamu tulis.
    Ulang hingga kamu puas hati.
    Ulang membaca fakta, jika ada masa.
    Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.

  • Apakah maksud mati akal?

    Buntu fikiran.

  • Apakah maksud sasterawan?

    Sasterawan ialah orang yang meng­hasilkan karya sastera; pengarang; pu­jangga; ahli sastera.

  • Apakah cara untuk mengingati nama-nama planet?

    Cara untuk menghafal nama-nama planet mengikut urutan dari Matahari: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun. (Ustad Zaki Bawa Minyak Mujarab Zaitun Untuk Nenek)

  • apakah maksud kondensasi,penyejatan,pembekuan,peleburan

    Perubahan keadaan bahan:
    Proses Pembekuan: Cecair ke pepejal.
    Proses Peleburan: Pepejal ke cecair.
    Proses Kondensasi: Gas ke cecair.
    Proses Penyejatan: Cecair ke gas.
    Proses Pendidihan: Cecair ke gas.

  • Cikgu Arif,what are Homophones?

    Homophones are words that are pronounced the same but they have different meanings and are usually spelled differently as well. They usually occur in groups of two but sometimes they can be three or four in a group. Examples of homophones are brake - break, buy - by, dear - deer and many more.

  • bagaimanakah cara untuk mengingati menukar cm kepada mm

    Kita mendarab untuk menukar unit yang besar kepada unit yang kecil.

    Contoh:
    Tukarkan 2.8 cm kepada mm.

    Penyelesaian:
    2.8 cm = 2.8 x 10 mm
    = 28 mm

  • bagaimana hendak menghitung tahun itu genap atau tidak?

    Tahun Genap/Tahun Lompat (setiap 4 tahun)
    366 hari.

    Tahun Ganjil
    365 hari.

  • macam mana nak tukarkan kepada past tense

    'Present tense' dan 'past tense' digunakan untuk menunjukkan perbuatan ('verb'). 'Present tense' digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang berlaku semasa percakapan manakala 'past tense' menunjukkan sesuatu perbuatan yang telah berlaku. Untuk 'present tense', pelajar perlu memahami konsep 'subject and verb agreement' manakala untuk 'past tense' pelajar perlu lihat pada struktur ayat yang diberi, cari kunci kata seperti 'yesterday, just now, last night, last year'. Digunakan untuk semua perbuatan. Ada banyak cara untuk mengenali sama ada sesuatu ayat itu berada dalam 'past tense'. Penggunaan 'ed' di akhir perkataan (contoh: 'Play - played'), penggunaan tanpa perubahan ('put - put'), menukarkan ejaan ('go - went').

  • macam mana magnet menarik antara satu sama lain?

    Magnet yang mempunyai kutub yang sama menolak. Kutub yang berlainan menarik.

Klik ikon hati bagi jawapan yang anda rasa membantu!

Soalan anda telah dihantar. Terima kasih, Superhero!